Wednesday, June 26, 2013

Blog Update

I am suppose to update my blog, doing my review on World War Z that i just watched. But now i'm worried sick, of my brother who just met with an accident earlier today. *sigh* But i guess I'll have to postpone that one, and pour my feelings and my thoughts into an entry before I do anything stupid.

Oh Allah, please protect my dearest brother. I love him so much that i can't imagine anything happening to him. Dear little brother, please take a good care of yourself. I wish i could teleport myself to Shah Alam right this very minute. Do be extra careful now that you're injured. And lastly, please do well in your exam.

Too many kifarah these recent months. I am trying to stay as positive as I can. Always, there's a blessing in disguise.

Life is colorful, it can't be all white or pleasant colors. Sometimes it's grey and the rain comes. And the rainbow that appears after the rain makes us smile, or wetness after rain makes the color even prettier. Be positive, and be grateful, for every test makes us stronger and wiser, and He won't give us a test that He knows we couldn't pass.

Saturday, June 15, 2013

Man of Steel



Watching Man of Steel was not in my to-do list today. Sepatutnya hari ni aku pergi order mak aku punya custom made cupboards dan teman Miss Deed buat grocery shopping, di samping aku sendiri beli barang sikit.Miss Kay ada sebut nak tengok Man of Steel semalam, tapi masa tu aku buat 'dono' je, until masa Miss Deed jemput aku, aku bagitau dia pasal Miss Kay nak lepak kat Coffee Bean sbb tersangat stress study untuk peperiksaan jabatan, plus nak tengok Man of Steel. Being a kaki wayang, Miss Deed terus agree untuk tengok Man of Steel, dan aku, pun terus kata ok dalam hati (nampak sangat aku pun kaki wayang kan?_, dalam kekeringan poket akibat servis dan repair kereta (compressor aircond sangat menekan jiwa..uhuhuhu) dan Raku yang sakit serta Yuki yang perlukan pemeriksaan kesihatan takut ter'infect' dengan penyakit anaknya.

SO, back to the Man of Steel. Wajarlah semua orang tahu yang Man of Steel adalah rebranding kepada tajuk Superman di mana Superman tidak lagi memakai seluar kecil di luar, dan pada aku di sini nampak Superman lebih perkasa. Kacak tu tak payah cerita la kan, Henry Cavill memang tersangat terserlah (see, the usage of the affixes 'ter' shows that he IS tersangat hensem di sini) kehensemannya, terutama sekali bila masih ada sedikit jambang di wajahnya, hmm...kalau buang sikit lagi memang lagi hensem la kan, tapi jangan buang semua laaa...heheh...the clean shaved version of clark kent/superman biasa la kan, that typical superman look, so tak ada yang terlalu istimewa. Aku rasa konsentrasi Miss Deed sedikit terganggu bila aku asyik memuji kekacakan Henry Cavill.haha. Sorry Miss Deed, he was just too good looking at that time to not be gaga over. hahahaha..

Movie ni berceritera tentang sejarah/asal usul Superman, dan makhluk yang mengejarnya (can't say manusia/orang sebab dorg bukan manusia pun kan). Dan pastilah lain sedikit jalan ceritanya berbanding cerita asal yang melekat di dalam kepala aku. Tapi kasih sayang ibu bapa biologi dan keluarga angkatnya memang kita tak dapat nafikan dari dulu, sikpa protektif keempat-empat ibu bapanya yang mahukan yang terbaik untuk anaknya bagi anaknya menjalani kehidupan normal, serta sanggup berkorban hatta nyawa sekalipun untuk anaknya, salah satu nilai yang ditanam di dalam cerita ini dari dulu.

Sepatutnya cerita ini lebih menarik tapi somehow i'm a little disappointed, not as interesting as i thought it would be. Dari segi pergerakan kamera memang la agak memeningkan kepala, rasa sedikit disoriented, rasa macam berada di dalam VR Cave tetapi berdiri/duduk di sudut yang kurang tepat/bukan focal point (padahal kami bukan tengok 3D movie punnnn...tengok 2D je....). Plus tahulah Superman tu memang boleh terbang laju tapi tak suka la bila asyik tunjuk dia terbang macam kilat.. So, garisan awan yang aku pernah nampak di langit dulu tu maknanya Superman sedang terbang lah ya?ehehe..joking. Flashbacks are good to make us understand the movie more, tapi aku terpaksa bersetuju dengan website Forbes yang flashbacks untuk ceritera ini agak berterabur. Tapi paling tak logikla bandar yang dah jadi padang jarak padang tekukur seolah-olah boleh direvive dalam masa yang sangat singkat. Dan semasa babak peperangan dan lawan berlawanan tu, aku pun terfikir "nasib baikla cerita Superman, Ultraman, etc ni cuma cerita semata-mata, kalau tak penat la asyik kena bina bangunan baru setiap kali hero berlawan dengan alien/raksasa".hahahaha.

Tapi aku rasa cerita ni boleh dinilai dari pelbagai sudut, teringat dengan pesanan pensyarah psikologi dulu suruh selalu tengok wayang dan belajar apa yang cuba disampaikan. Zod ni macam Hang Jebat versi AngMo, dan pemerintah Krypton ni sebenarnya dalam realiti ada di mana-mana. Kenapa? Sebab seperti kata Zod dan Jor-El, pada aku mereka ibarat superior degil yang sentiasa merasakan cara tradisional itu bagus dan wajar dikekalkan. Refusing change, or hardly accepting ideas, yang kalau ikut cerita ni telah mengakibatkan kepupusan makhluk sendiri. Perkara ini terjadi di mana-mana sahaja di dunia ni. Kedua, pada aku, walaupun Zod hanya mementingkan Krypton, tapi dia melakukan semua semata-mata kerana menyayangi Krypton. Zod pada aku bukanlah 100% jahat, kerana kita sendiri punya cara yang berbeza-beza untuk menunjukkan yang kita menyayangi sesuatu, dan kadang-kala tidak dinafikan kita terlalu bersikap posesif terhadap sesuatu. Yes, sedikit keterbukaan dan positif adalah apa yang Zod perlu ada. Jor-El, ayahanda Kal-El telah menemukan opsyen kepada kepupusan itu. If only Zod would accept it. Tapi yalah, aku juga memahami sikap Zod yang tidak mahu berkongsi tanah kerana takutkan pandangan manusia terhadap alien seperti mereka. A freak. Manusia kan memang sebahagian begitu, memulaukan manusia istimewa kerana beranggapan diri mereka sangat normal. Apa pun, perubahan memang memerlukan masa, dan kesabaran mendidik yang sangat tinggi diperlukan. Mendidik seorang manusia adalah satu cabaran, apa lagi bila cuba mendidik seluruh dunia? Dan takkan semua manusia boleh menerima keadaan itu, kan?

Takla kata worth watching, tapi tak la rugi. Macam-macam perasaan masa menonton, gembira, sedih, marah, cemas, lucu. Tapi, rebiu aku memang la lain sikit, sebab aku seronok menonton sambil berfikir dan menilai apa yang boleh aku pelajari, relate dengan kehidupan harian dan apa yang aku boleh cuba ubah pada diri aku agar jadi yang lebih baik daripada semalam. Yes, i am different and i am proud of that. :)


Monday, March 18, 2013

Eye Opener


Arini aku diarahkan ke rumah Pn Jabah Mingku Voon, isteri mendiang DSP Michael Padel. Aku expect kesedihan, tapi apa yang aku rasa semasa berada di sana adalah melebihi jangkaan aku. 


Kenapa ek? Aku tau Kak Jabah bersedih, dan walaupun aku tak berada di tempatnya tapi duduk bersama-samanya mendengar cerita buat perasaan sedih tu berganda. 

 Pertama kali aku dengar berita pasal kematian dua perajurit pertama kita aku dan kawan2 aku dah cukup sedih, hampir mengalirkan airmata membaca rentetan berita tu. On the way ke tempat kerja sempat jugak la aku menangis bila dgr wartawan membacakan berita pasal dorg. 

Beberapa hari lepas tu dpt pulak berita pasal 6 org lagi yang terkorban termasuklah DSP Micheal hati pun sedih balik..tak habis lagi sedih mengenangkan nasib anak perajurit yg masih kecil dan dalam kandungan...hmmm...dan kebetulan Isnin tu aku balik lambat, jadi masa balik terserempak la dgn kenderaan yg bawak mendiang..hati aku sekali lagi tersentuh..hmmm... 

 Tapi hari ni memang takdir dan rezeki aku untuk berjumpa dan berkenalan dengan Kak Jabah. Tak susah nak bercakap dengan dia sbb siang tadi memang tak ada orang lain di rumah. Hanya dia dan anaknya Loie. Dan tak susah jugak nak cari rumah dia sebab aku bawak kawan aku yang mmg tinggal kat kampung tu gak.. 

Dia cerita satu persatu apa yang terjadi masa tu. Dia shocked, balik ke Serian, sampailah hari ni. Apa yang aku rasa masa tu kesedihan dia sbb kehilangan tonggak keluarga, org yang paling dia sayangi, pelindung dia dan anaknya, dan macam keluarga yang lain, mendiang adalah segala-galanya bagi mereka. Rasa seolah-olah dunia menghempap dia, semuanya gelap. Emosi aku turut sama terganggu, sampai aku rasa letih yang teramat, lesu...

Dan dia satu-satunya isteri di antara mereka yang dibenarkan melihat suaminya untuk kali terakhir. Dan aku dapat rasakan kemarahannya terhadap penceroboh. Memperlakukan manusia lain macam tak ada harga. 

 Betapa kejam dan teganya mereka melakukan keganasan tanpa hati dan perasaan. Memalukan. And you call yourself a muslim? You guys are such an embarrassment to the muslim community, and give such a negative impact and reflection on Islam. 

 Dan terakhir sekali dia rasa bersyukur dan berterima kasih sebab ramai rakyat Malaysia yang bagi sokongan pada dia dan anaknya. Walau apapun anasir jahat kata, aku setuju hero-hero yang bertarung nyawa dan yang telah gugur ni wajar diberikan penghormatan sebab mempertahankan negara. 

Teringat masa jumpa dengan kawan masa ke KL 2 minggu lepas, "huda, ko kne ingat ni bukan main-main. Ni memang benar-benar terjadi." dan sorang lagi sahabat yang bertugas di Sabah yang sangat sakit hati sebab yang terkorban adalah sahabatnya. Kita yang dengar rasa sedih apalagi diorang yang mengalaminya. 

Aku benar-benar harap keluarga wira-wira ini tabah dan kuat dalam menjalani ujian dariNya. Kita ini hanya pinjaman, sampai masa kembali jua.   

Sent from Samsung Mobile