Monday, March 18, 2013

Eye Opener


Arini aku diarahkan ke rumah Pn Jabah Mingku Voon, isteri mendiang DSP Michael Padel. Aku expect kesedihan, tapi apa yang aku rasa semasa berada di sana adalah melebihi jangkaan aku. 


Kenapa ek? Aku tau Kak Jabah bersedih, dan walaupun aku tak berada di tempatnya tapi duduk bersama-samanya mendengar cerita buat perasaan sedih tu berganda. 

 Pertama kali aku dengar berita pasal kematian dua perajurit pertama kita aku dan kawan2 aku dah cukup sedih, hampir mengalirkan airmata membaca rentetan berita tu. On the way ke tempat kerja sempat jugak la aku menangis bila dgr wartawan membacakan berita pasal dorg. 

Beberapa hari lepas tu dpt pulak berita pasal 6 org lagi yang terkorban termasuklah DSP Micheal hati pun sedih balik..tak habis lagi sedih mengenangkan nasib anak perajurit yg masih kecil dan dalam kandungan...hmmm...dan kebetulan Isnin tu aku balik lambat, jadi masa balik terserempak la dgn kenderaan yg bawak mendiang..hati aku sekali lagi tersentuh..hmmm... 

 Tapi hari ni memang takdir dan rezeki aku untuk berjumpa dan berkenalan dengan Kak Jabah. Tak susah nak bercakap dengan dia sbb siang tadi memang tak ada orang lain di rumah. Hanya dia dan anaknya Loie. Dan tak susah jugak nak cari rumah dia sebab aku bawak kawan aku yang mmg tinggal kat kampung tu gak.. 

Dia cerita satu persatu apa yang terjadi masa tu. Dia shocked, balik ke Serian, sampailah hari ni. Apa yang aku rasa masa tu kesedihan dia sbb kehilangan tonggak keluarga, org yang paling dia sayangi, pelindung dia dan anaknya, dan macam keluarga yang lain, mendiang adalah segala-galanya bagi mereka. Rasa seolah-olah dunia menghempap dia, semuanya gelap. Emosi aku turut sama terganggu, sampai aku rasa letih yang teramat, lesu...

Dan dia satu-satunya isteri di antara mereka yang dibenarkan melihat suaminya untuk kali terakhir. Dan aku dapat rasakan kemarahannya terhadap penceroboh. Memperlakukan manusia lain macam tak ada harga. 

 Betapa kejam dan teganya mereka melakukan keganasan tanpa hati dan perasaan. Memalukan. And you call yourself a muslim? You guys are such an embarrassment to the muslim community, and give such a negative impact and reflection on Islam. 

 Dan terakhir sekali dia rasa bersyukur dan berterima kasih sebab ramai rakyat Malaysia yang bagi sokongan pada dia dan anaknya. Walau apapun anasir jahat kata, aku setuju hero-hero yang bertarung nyawa dan yang telah gugur ni wajar diberikan penghormatan sebab mempertahankan negara. 

Teringat masa jumpa dengan kawan masa ke KL 2 minggu lepas, "huda, ko kne ingat ni bukan main-main. Ni memang benar-benar terjadi." dan sorang lagi sahabat yang bertugas di Sabah yang sangat sakit hati sebab yang terkorban adalah sahabatnya. Kita yang dengar rasa sedih apalagi diorang yang mengalaminya. 

Aku benar-benar harap keluarga wira-wira ini tabah dan kuat dalam menjalani ujian dariNya. Kita ini hanya pinjaman, sampai masa kembali jua.   

Sent from Samsung Mobile