Friday, August 22, 2014

Pergi tak kembali

Pernah tak tersangka orang yang kita cinta dan sayang akan tinggalkan kita? Hidup ataupun mati, kita ditinggalkan. Sakitnya bila yang pergi meninggalkan kita dengan sejuta memori.

Aku rasa tak sanggup nak baca cerita pasal ahmad hakimi, dan isterinya, asma'a, kerana pasti kisah yang pergi tak kembali meruntun jiwa. Ramai yang membaca, menangis dan merasakan indahnya kisah cinta itu, dan tragiknya bila segalanya berakhir sekelip mata. Mereka di dalam MH17 kembali satu persatu ke Malaysia dan negara2 asal, meninggal rasa duka yang tidak terungkap oleh kata-kata. Hanya yang merasa memahami. Sedih yang diungkap, pilu yang dirasa.

Aku harap semua hanya mimpi. Satu omongan, fitnah dari dunia siber yang sentiasa memuntahkan pelbagai kebenaran dan kepalsuan. begitu juga MH370, andai mati mana kuburnya?andai hidup mana orangnya? 2 peristiwa yang benar-benar menyentuh hati.

Tuhan Maha Mendengar. Mungkin dulu kita kata ketika MH370 tidak dapat dikesan, lebih baik kalau tahu MH370 terhempas, sekurang-kurangnya kita tahu semua dah kembali kepada Sang Pencipta.

Kita duji sekali lagi dengan kembalinya mereka di dalam perut MH17 kepada Sang Pencipta. Benar, kita temui di mana mayatnya, kita tahu di mana kuburnya, tapi ia tidak mengurangkan walau sedikitpun rasa kehilangan, sebal, sedih, nyilu dan pilu di dalam hati.

Tiba masanya kita belajar. Untuk bersatu, menjadi dewasa, matang, menjadi lebih baik. dan paling penting menyebut yang baik-baik sahaja, kerana kata-kata itu adalah doa.

Bagi pengkritik dan haters, Kau boleh kritik, kata semua tak bagus, sebab di hati kau hanya kau dan sahabat kau sahaja yang sempurna. Ya benar, kita perlu belajar, sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan, kerana yang sempurna hanyalah Dia, pemilik sekalian alam, tapi bukan mereka sahaja, kau juga. Sudahlah, hentikan menghukum tanpa empati, tilik dulu dalam diri. Omongan itu cerminan diri. 
#mh17 #mh370