Tuesday, March 25, 2008

Not In the Mood

Seriously, aku cam takde mood nak wat pape. I have so many things to share, but I juat don;t know where to start. Setiap kali aku cuba nak taip sesuatu kat blog ni, aku akan suddenly kehilangan idea.

The pc is working much more slower than it was, which means ianya sangat menyakitkan hati. Anyways, after 3 weeks plus tinggal kat umah and jobless, I'm back to being a drama addict. Big time.

Last year aku dapat tau yang one of the actor is from Malaysia, skang aku baru tau lagi sorg tu dari Brunei. WHat a small world. And aku mmg seorang yang 'lambat'. But it doesn't matter, right? Not that it's important.

Saturday, March 8, 2008

Pilihanraya Umum Ke12

Pilihanraya umum ke12.drpd apa yg aku nmpk n diberitahu, pembangkang menang dgn agak byk berbanding thn2 sblm ni. Aku rasa ada beberapa faktor yg menyebabkan hal ni terjadi.


Maybe mcm Penganalisa Politik kat tv tu(aku xingat nama dia) ckp, pertambahan bilangan pengundi. Aku agak setuju dgn apa dia ckp. Well,kalo yg bertambah bil itu adalah dr klgn belia, benda tu xmustahil. Mengapa?jawapannya agak mudah, drpd pengamatan aku, kebanyakan belia bersifat 'rebellious'. Aku rasa xperlu diterangkan dgn lbh panjang.

Yg kedua, mungkin ada ramai yg termakan umpan salah satu parti pembangkang ni, Bkn apa, apa yg ditawarkn mmg aku akui sgt menarik, tapi agak 'absurd' kerana pd aku ia kurang sesuai dgn ekonomi msia pada masa sekarang.

Seterusnya, mungkin juga rakyat semakin bijak memilih.kan?

Dan mungkin juga apa yang terjadi kepada tokoh-tokoh politik kebelakangan ini juga mempengaruhi keputusan ini. Rasanya, seluruh rakyat Malaysia mengetahui akan isu ini. Sensitif, juga agak berat.

<------The thoughts above were spilled last nite.

Hari ini, bangun dari tidur, aku dengar n tgk berita di tv keputusan pilihanraya ke 12. Kali ni, BN tidak menang 2/3 majoriti. Lebih dari 1/2 tapi kurang dari 2/3. Kalah teruk di Penang, Perak, Selangor, Kedah n seperti biasa Kelantan. Pada aku, inilah PRU yang paling bersih.

Mungkin rakyat mahukan pembaharuan. Pembaharuan yang bagus, mungkin. Harap-harapnya begitulah. Banyak perubahan yang dilakukan Pak Lah dalam beberapa tempoh ini, yang berbeza daripada Tun M. dahulu. Dan kita semua tahu, perubahan memang sukar, ia menuntut banyak pengorbanan. Mungkin apa yang diusahakan beliau belum menampakkan hasil(sesetengah rakyat n pembangkang nampak ianya satu kerugian), tetapi aku percaya usaha yang ikhlas, ingin membantu rakyat akan membuahkan hasil.

Mungkin kita perlu selalu diingatkan akan kata-kata ini, 'Jangan tanyakan apakah jasa negara kepada kamu, tetapi tanyakan apakah jasa kamu untuk negara.' Kita hidup saling memerlukan, rakyat bekerjasama membina negara, dan bersama berkongsi hasilnya. Kalau semuanya mengharapkan hasil dari negara tetapi diri sendiri tidak berusaha, kita tidak akan mendapat hasilnya. Mungkin juga ini salah satu usaha rakyat sendiri ke arah itu.

Secara seriusnya, ini adalah luahan aku sebagar seorang rakyat. Lebih kurang 2 tahun lepas, untuk pilihanraya negeri, calon BN yang bertanding di tempatku adalah seperti biasa, calon yang sama. Calon parti pembangkang pula adalah jiranku sendri. Tak tahu kenapa perti pembangkang memilih jiranku itu, mungkin sbb negeri tempatku ini tiada kepentingan, jadi pada pandangan aku, mereka hanya main tangkap muat saja. Asal ada wakil. Tetapi semua di tempat kami sememangnya 100% tidak yakin akan calon pembangkang itu. Kami kenal akan dia, jadi tidak perlulah diceritakan dengan lebih panjang lebar, menyakitkan hati sendiri saja. Aku harap, pemimpin-pemimpin yang dipilih adalah pemimpin yang berkaliber, bukan setakat tangkap muat saja. Tak kisahlah BN, atau parti-parti yang lain.

Walau apapn keputusannya, diharap pemimpin yg tlh dipilih menjalankn tugas mereka dgn sebaiknya selepas ini. Tugas mereka adalah untuk mendengar suara rakyat, bukan utk menunjukkan kekuasaan mereka.

Welcome to My New Place

Dunno why am I having this new place here. Maybe this is just a place to spill my unnecessary thought, don't you think?